PAPA (Akhirnya Kau Tewas Jua!)
(Deana Yusof)
Sinopsis
Bab 1
Julia
sedang berbual-bual dengan Mak Cik Noraini didapur dan terlihat akan keintiman
mama dan papanyadi kebun kecil berhampiran dengan rumah mereka. Diamenyatakan
perasaan kurang senangnya apabila melihatkan kemesraan mama dan papanya
yang dirasakan berlebih-lebihan.
Bab 2
Hari
itu, Ju pulang dari sekolah menaiki bas. Biasanya,dia pulang bersama-sama
dengan mamanya yang juga guru di situ. Mamanya telah dijemput oleh
papanyakerana kurang sihat dan dibawa ke hospital. Mama danpapanya pulang dari
hospital dengan gembira. Jusangat gembira apabila mendapat tahu bahawamamanya
mengandung. Namun begitu, Mak Cik Noraini berasa bimbang kerana dia tahu bahawa
mama pernahmengalami komplikasi sewaktu melahirkan Julia.
Bab 3
Julia
terdengar perbualan mama dengan Mak CikNoraini yang menyarankan mama
supayamenggugurkan kandungannya. Mama bertegas tidakakan menggugurkan
kandungannya tambahan pulapapa sangat menginginkan anak lagi. Dia relaberkorban
untuk papa yang dikasihinya. Petang itu,Julia mengajak papanya bermain tenis.
Papanyamenolak kerana penat. Julia mahu mengajak mamanyapula tetapi dilarang
kerana mama sedang mengandung.Akhirnya, papanya mengalah dan bersetuju
untukmenemani Julia bermain tenis. Di gelanggang tenis, adaseorang gadis
menyapa papa. Papanyamemperkenalkan gadis itu kepada Julia sebagaipelajarnya
yang bernama Aisyah. Mereka minumbersama. Julia kurang senang serta bimbang
papanyaakan terpikat kepada pelajarnya itu.
Bab 4
Julia
dimarahi oleh mamanya kerana lewat turun kekereta. Dia memberitahu
mamanya bahawakelewatannya disebabkan rakannya meminjam notageografinya. Pada
masa yang sama, Cikgu suziemenumpang kereta mama ke bengkel kerana
keretanyarosak. Dalam perjalanan, Cikgu Suzie menyatakankebimbangannya terhadap
kandungan mama akibatpengalaman kandungan mama yang terdahulu. Mamaagak
tersinggung. Mama memberitahu Cikgu Suziebahawa dia amat menyayangi suaminya
dan bersediauntuk menggembirakan dan berkorban demi suaminya.
Bab 5
Mama
menyatakan kebimbangannya kepada papaseandainya pengalaman lalu berulang
ketika diamelahirkan anak nanti. Papa menenangkan mama.Julia kurang
senang melihat cara papanya. Juliabertanyakan kisah kelahirannya kepada Mak
CikNoraini. Mak Cik Noraini menyatakan bahawa saiznyahanya sebesar anak kucing,
sering menangis, dan sukardijaga kerana Julia tidak mahu minum susu
formulaketika itu.
Bab 6
Di
kolej, Aisyah sering berjumpa dengan papa. Selainitu, dia juga sering menumpang
kereta papa untukpulang ke rumahnya. Julia pernah menduga hatipapanya agar
berkahwin lagi. Papa memberitahubahawa dia tidak boleh berbuat demikian kerana
tidakmahu menduakan mama yang dikasihinya.
Bab 7
Julia
telah masuk ke Tingkatan Lima. Saat mama untukmelahirkan anak pula semakin
hampir. Doktor telahmemberitahu bahawa mama mengandungkan anakkembar. Papa
sangat gembira. Dia telah membeli duabuah katil serta kelengkapan bayi. Mak Cik
Norainimenegur perbuatan papa tetapi tidak diendahkan olehpapa. Sewaktu mama
mahu melahirkan, Juliadikejutkan oleh papa supaya membantunya untukmembawa mama
ke hospital. Papa membawa mama keHospital Universiti Kebangsaan Malaysia
(HUKM). Papalebih yakin untuk membawa mama ke situ berbanding dengan
hospital swasta walaupun jaraknya agak jauh.Ketika disorong ke bilik bersalin,
mama memintaampun daripada papa.
Bab 8
Julia,
papanya, dan Mak Cik Noraini menanti di luar bilikbersalin. Mama mengalami
komplikasi dan memerlukanpembedahan. Selepas pembedahan, doktor menemuipapa dan
memberitahu mama telah melahirkan anakkembar siam tetapi kedua-duanya telah
meninggaldunia sebelum dilahirkan. Doktor juga memberitahupapa bahawa mama koma
kerana terlalu lemah dankehilangan banyak darah. Papa menamakan adik
Juliadengan nama Ahmad dan Muhammad. Jenazah merekadikebumikan di tanah perkuburan
berhampiran denganrumah mereka. Papa kesal kerana keinginannya untukmendapatkan
anak lagi telah menyebabkan hal iniberlaku.
Bab 9
Selepas
kelahiran itu, mama koma dan dirawat dihospital. Sejak itu, Julia pulang dari
sekolah denganpapanya. Di kelasnya ada seorang pelajar baharubernama Rasylan.
Daripada reaksi yang ditunjukkan,Julia tahu bahawa Rasylan menyukainya. Suatu
petang,Rasylan menyatakan bahawa dia ingin mengajak Juliake perpustakaan. Namun
begitu, Julia menolak keranadia terpaksa mengikut papanya ke hospital.
Bab 10
Julia
dan papanya melawat mama di hospital. CikguSuzie turut serta. Mama masih di wad
ICU. Sewaktu dirumah, Julia melihat album perkahwinan mama danpapanya. Dalam
album tersebut terselit surat papa yang menyatakan kasih sayang dan
penghargaannya kepadamama. Dalam bab ini juga dinyatakan kisah Mak CikNoraini
yang juga sepupu papa Julia. Suami serta duaorang anaknya meninggal dalam
kemalangan manakalaMak Cik Noraini terselamat. Sejak itu, papa Juliamembawa Mak
Cik Noraini tinggal bersama-sama dengan mereka. Kelahiran Julia telah mengubat
dukaMak Cik Noraini apabila dia menjadi pengasuh Julia.
Bab 11
Suatu
hari Mak Cik Noraini mencadangkan agar papaJulia berkahwin lagi. Papa Julia
membantah keranasukar untuk mencari isteri seperti Intan Maliana.
Julia meminta izin daripada papanya untuk ke rumahRasylan selepas habis
SPM. Papanya tidak mengizinkandengan alasan seorang perempuan tidak
sesuaimendahului pergi ke rumah lelaki. Namun begitu,papanya tidak melarang
Julia berkawan dengan Rasylanasalkan Julia pandai menjaga diri.
Bab 12
Mama
Julia dibawa pulang ke rumah atas permintaanpapa. Semua kelengkapan untuk mama
disediakanoleh papa. Aisyah datang untuk mengambil Juliabermain tenis. Pada
mulanya Julia menolak ajakanAisyah kerana ingin menjaga mama di rumah,
tetapipapanya mendesak agar Julia pergi kerana telahberjanji. Selepas bermain
tenis, Aisyah mengajak Juliake rumahnya. Sekembalinya Julia ke rumah,
diadimarahi oleh papanya kerana pulang lewat.
Bab 13
Selepas
SPM tamat, Rasylan berkunjung ke rumahJulia. Perbualan antara Rasylan dengan
papa Julia telahmenyingkap kisah peribadi Rasylan yang merupakananak yatim dan
diambil oleh Datuk Mustakim menjadianak angkat. Papa Julia menceritakan kisah
DatukMustakim yang melanggar ibu bapanya ketika pulang dari solat tarawih.
Bapanya meninggal dunia manakalaibunya lumpuh. Papa Julia berasa marah
kerana DatukMustakim tidak berhenti selepas kemalangan ituwalaupun dia
menanggung kos rawatan ibunyahinggalah ibunya meninggal dunia. Rasylanmencadangkan
agar bapanya bertemu dengan DatukMustakim tetapi papa Julia enggan.
Bab 14
Ketika
berjumpa dengan Julia di kedai buku, Rasylanmenyatakan kepada Julia bahawa
papanya seorang yang sombong. Papa melarang Julia berkawan rapatdengan
Rasylan kerana tidak mengetahui asal-usulketurunannya. Walaupun Julia cuba
mempertahankanRasylan, namun papanya tetap berkeras. Julia sedih.Bab 15Sejak
pertemuan dengan papa Julia, Julia dan Rasylan bertemu secara sembunyi-sembunyi
kerana tidak mahu diketahui oleh papa Julia. Julia dan Rasylan
mendapatkeputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Semasameraikan kejayaan
mereka, Julia ternampak ayahnya bersama-sama dengan seorang wanita yang
dikenalinyaiaitu Aisyah di Starbucks Coffee. Setibanya di rumah,papanya sudah
mengetahui akan keputusanpeperiksaannya. Julia bercadang hendak melanjutkan
pelajaran di matrikulasi UIA dalam bidang ekonomi.
Bab 16
Julia
berjaya mendapat tempat di matrikulasi UniversitiIslam Antarabangsa Malaysia
(UIA) dan tinggal diasrama. Rasylan juga berjaya mendaftarkan diri ditempat
yang sama iaitu di UIA. Hujung minggu ituRasylan menemani Julia ke kedai buku.
Selepasmembeli buku, mereka bercadang untuk minum di Starbucks Coffee. Rasylan
kurang senang akan sikap Julia yang suka membuang duit di restoran mahal.
Sekali lagi, Julia ternampak papanya bersama-sama dengan Aisyah di
restoran tersebut.
Bab 17
Pada
cuti hujung minggu itu Julia pulang ke rumah. Juliabermanja dengan papanya
tetapi caranya bermesra ituditegur oleh Mak Cik Noraini memandangkan dia sudahdewasa.
Julia memikirkan persoalan bapanya denganAisyah. Papanya kelihatan agak kurus.
Kini, masanyabanyak dihabiskan untuk menjaga mama. Hari mingguberikutnya Julia
tidak pulang. Dia mahu menyiapkankerja kursus. Rasylan pula diminta oleh Encik
Muaz al-Khalibi supaya membuat ujian DNA. Semasa bersama-sama dengan Rasylan di
sebuah restoran, sekali lagiJulia ternampak papanya bersama-sama denganAisyah.
Bab 18
Minggu
berikutnya Julia pulang ke rumah. Diamelangkah masuk ke rumah secara
senyap-senyapuntuk mengejutkan Mak Cik Noraini. Dia terdengarperbualan papanya
dengan Mak Cik Noraini tentang pengganti mama. Selepas berehat, dia
menemuibapanya yang sedang membaca artikel tentang poligami. Julia
memberitahu papanya bahawa diapernah melihat papanya bersama-sama dengan
Aisyahbeberapa kali di restoran. Dia membantah niat papanyauntuk berpoligami
kerana mama hidup lagi dan tidakmahu bapanya berlaku curang. Julia dimarahi
danditampar oleh papanya. Esoknya pagi-pagi lagi Juliapulang ke asrama tanpa
dihantar oleh papanya.
Bab 19
Julia
dan Rasylan bercerita tentang papa Julia. Rasylanmahu Julia lebih bersikap
rasional. Julia tidak dapatmenumpukan perhatian pada pelajaran selamabeberapa
hari. Rasylan memberitahu Julia bahawa ujianDNA yang dilakukannya positif. Hal ini
membuktikanbahawa dia anak Encik Muaz. Tetapi Rasylan tidakboleh menerimanya.
Hujung minggu berikutnya Juliatidak pulang ke rumah. Telefonnya juga dimatikan.
Diamasih tersinggung oleh sikap papanya. Suatu hari,semasa hendak bertemu
dengan Rasylan, papanyamuncul dan membawanya keluar untuk berterus
terang kepada Julia tentang hasratnya hendak mencari temanhidup yang
baharu. Julia keras membantah. Papamenurut pendirian Julia. Julia sedih melihat
keadaanpapanya. Akhirnya, dia memberi kebenaran kepadapapanya untuk berkahwin
lain.
Bab 20
Encik
Muaz memberitahu Rasylan bahawa dia lahirhasil hubungannya dengan warga
Indonesia yang bekerja sebagai pengemas bilik. Setelah tujuh
bulandilahirkan, dia ditinggalkan di tepi jalan berhampirandengan longkang
besar. Ibunya pulang ke Indonesiakerana malu. Julia dibawa oleh bapanya
bertemudengan bakal ibu tirinya. Julia juga diminta papanyasupaya pulang pada
hujung minggu itu bagi meraikanpernikahannya.
Bab 21
Julia
demam panas dan dibawa ke hospital olehpapanya. Dia bermimpi didatangi oleh
seseorang yang mirip papanya. Dalam mimpinya, Julia meluahkan isihatinya
bahawa dia tidak suka papanya berkahwin lagikerana tidak mahu kehilangan kasih
sayang papanya.Setelah mendengar pendapat lelaki yang mirip wajahpapanya itu,
akhirnya Julia sedar bahawa dia harusberkorban untuk kebahagiaan orang yang
dikasihinya.Setelah dia sedar daripada mimpinya, papa dan MakCik Aisyah berada
di sisinya.
Bab 22
Setelah
berada di hospital selama tiga hari, Julia dibawapulang oleh papanya dan Mak
Cik Aisyah. Selepastamat cuti pertengahan semester, Julia pulang keasrama.
Sepanjang bersama Mak cik Aisyah, Julia dapatmerasakan sifat penyayang yang
ditunjukkan oleh MakCik Aisyah. Walau bagaimanapun, Julia masih belumdapat
menerima kehadiran Aisyah sepenuhnya. Selepaspeperiksaan semester tamat, Julia
pulang ke rumah.Julia bercuti selama enam minggu. Pada suatu hari,Julia
terdengar perbualan antara papanya dengan MakCik Aisyah yang tidak membenarkan
Mak Cik Aisyahmemasuki bilik mama tanpa ditemani oleh papa. Juliamemberitahu
Mak Cik Noraini bahawa Mak Cik Aisyahdimarahi oleh papa kerana bimbang Mak Cik
Aisyahakan meracuni ibunya. Semasa perbualan antara Juliadengan Mak Cik Noraini
itu, tiba-tiba papa dan Mak CikAisyah masuk. Julia terkesima lantas memohon
maaf kepada Mak Cik Aisyah.
Bab 23
Julia
belajar dalam semester ketiga. Julia bertengkardengan Rasylan berikutan sikap
cemburunya apabilamelihat Julia berbual-bual dengan pelajar lelaki.
Cutipertengahan semester bermula lagi. Julia memilih untukpulang dengan menaiki
bas bersama-sama denganRasylan. Rasylan mengambil keputusan tidak
akanmemberitahu bapa angkatnya perihal dia menemuibapa kandungnya. Dia juga
tidak mahu menerimatawaran Encik Muaz sebagai bapanya.
Bab 24
Julia
bercuti di rumahnya. Mak Cik Aisyah mengesan sikap Julia yang mungkin
bermasalah tentang teman lelaki. Rasylan menelefonnya untuk mengajaknya keluar.
Namun begitu, Julia menolak dengan alasan mahu menjaga mamanya. Papa
mencadangkan Julia bertukar ke universiti tempat bapanya bekerja jika dia
bermasalah, tetapi Julia menolak cadangan tersebut.Usai solat berjemaah
dengan papa dan mak ciknya, Julia dan papa ke bilik mama. Setelah ditegur, mama
mula membuka mata dan menggerakkan tangan dan jari-jarinya serta mencuba untuk
berkata-kata. Aisyahmasuk ke bilik apabila mendengar papa berbual dengan
seseorang. Mama memerhatikan Aisyah yang sedang memegang bahu papa.
Papa memperkenalkan Aisyah sebagai isterinya dan menjelaskan sebab-sebab dia
mengahwini Aisyah. Apabila mendengar alasan papa, mama mendengus keras serta
melepaskan genggaman tangan papa. Akhirnya, dalam keadaan kecewa, mama
menghembuskan nafasnya yang terakhir dan buat pertama kalinya Julia
melihat papanya menangis .
Tema Dan Persoalan
Tema
Novel
ini bertemakan semarak kasih sayang dalam kekeluargaan yang menjadi asas
keharmonian dan kedamaian dalam sesebuah rumah rumah tangga . kasih sayang
seorang lelaki terhadap isteri dan anaknya menjadi tunggak utama kepada
kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. Novel ini juga memaparkan kasih sayang
yang berlandaskan kejujuran dan keikhlasan antara anggota keluarga.
Tema
novel menunjukkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi antara papa, Encik
Jeffri dengan mama, Intan Maliana serta anak mereka , Julia. Banyak perkara
yang menggambarkan hubungan kasih sayang dan kemesraan antara papa dengan mama.
Mereka sering berkongsi masalah bersama, menikmati hidangan makan bersama
dan sentiasa bergurau senda serta berpegangan tangan. Malah mama juga sanggup
menanggung risiko untuk mengandung lagi semata-mata kasih sayngnya terhadap
papa. Julia pula adalah anak yang sangat menyayangi keluarganya. Julia yang
begitu mementingkan hubungan kekeluargaan, sering melihat contoh keakraban
hubungan papa dengan mama yang sentiasa meluangkan masa bersama keluarganya.
Julia
sentiasa mengharapkan yang erbaik buat keluarganya. Ketika mama sedang
mengalami kesakitan untuk bersalin, Julia mendoakan keselamatan bagi kesihatan
mama dan adik-adiknya. Malah, Julia sering menjaga mamanya yang koma akibat
konplikasi bersalin kali kedua. Kasih sayang itu juga diserlahkan dengan sikap
dan tindakan papa yang sentiasa memastikan kebajikan seta tanggungjawabnya
terhadap keluarga terjaga. Papa sentiasa meluangkan masa untuk bersama dengan
mama yang mengandung buat kali kedua. Bahkan, apabila mengalami kesan yang
besar selepas mama koma, papa tidak lupa akan tanggungjawabnya terhadap mama
dan sentiasa menjaganya dengan penuh kasih sayang hingga sanggup mengorbankan
segala kegiatan dan aktiviti yang selalu dilakukannya sebelum ini.
Hubungan
kasih sayang antara keluarga Julia dikukuhkan lagi dengan pengorbanan dan
persetujuannya terhadap perkahwinan papa buat kali kedua. Papa yang berasa
kesunyian dan kesepian tanpa ada orang yang boleh berkongsi perasaan dan
pengalaman hidupnya, berhasrat untuk berkahwin lagi. Demi menjaga hati dan
memenuhi hasrat papa , Julia merungkaikan segala kebencian yang bertahta di
hatinya. Bagi papa pula, kasih sayangnya terhadapa mama tidak pernah pudar
dengan kehadiran isteri baharunya, Aisyah. Pada saat mama meninggal dunia, papa
menangisi pemergian mama buat kali yang pertama dalam hidupnya kerana berasa
cukup sedih atas kehilangan tersebut.
Persoalan
·
Pengorbanan seorang isteri terhadap suami tercinta
-
Cikgu Intan Maliana atau mama ialah isteri yang taat dan sanggup berkorban
nyawa demi melahirkan anak kedua kepada suaminya.
-
Dia sanggup menghadapi risiko komplikasi ketika bersalin yang akhirnya koma
buat kali kedua sebagai tanda pengorbanannya untuk suami tercinta.
·
Kesetiaan seorang suami
-
Papa ialah suami yang setia dan sentiasa meluangkan masa bersama dengan mama
walau dalam apa jua keadaan.
-
Kasih sayangnya terhadap mama tidak pernah luntur walaupun papa berkahwin lagi
selepas mama koma.
-
Kasih sayang papa tetap utuh sehingga akhir hayat mama dan buktinya, papa
mengeluarkan air mata kesedihan apabila mendapati mama menghembuskan nafasnya
yang terakhir.
·
Ketabahan seorang ayah (papa)
-
Hal ini dibuktikan dengan sikap papa yang sentiasa sabar melayani karenah mama.
-
Papa juga sentiasa tabah menghadapi segala saat atau keadaan yang genting.
-
Dia dapat menerima kelahiran dan kematian anak kembar siam serta masalah
komplikasi mama sewaktu bersalin dengan hati yang tabah.
·
Bertawakal dan reda menerima musibah
-
Sebagai seorang Islam, papa sentiasa menerima segala dugaan yang mendatanginya
dengan reda.
-
Dia sentiasa bersedia, bertawakal dan berusaha untuk menangani segala musibah
tersebut.
-
Dia sentiasa berdoa dan berserah kepada tuhan supaya keselamatan keluarganya
terjamin.
·
Bertanggungjawab
-
Julia ialah anak yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya sebagai
pelajar yang cemerlang dalam pelajaran.
-
Papa yang sentiasa menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan ayah
yang disegani serta mesra. Segaal tugas juga dilaksanakan oleh papa dengan
berkesan seperti menguruskan jenazah anak kembarnya dan meminta izin daripada
anaknya, Julia untuk berkahwin lagi.
